Tuesday, May 24, 2011

Tetiba semangat datang



Alkisah Rozeeta ni dah banyak kali nak pi jogging tapi tak jadi sebab takdak member nak teman. Nak p sorang macam takut ja. Sebabnya jalan nak panjat bukit dumbar tu agak sunyi. Lepas tu penuh semak samun. Takut la kot-kot ada ulor ker. Haha. Nak ikut jalan jauh takut ada anjing pulak (Jalan dekat tu pun ada jugak anjing kadang-kadang). Area rumah aku ni banyak anjing. Dah la dulu ada kenangan anjing mai menyalak depan muka aku. Ok2 lupakan kenangan silam tu!! 

Back to my story, entah macam mana tetiba hari ni semangat berkobar2 sangat, tahap gedik-gedik nak jogging sangat dah. Aku nekad nak pi jugak. Sorang pun sorang laa. Nak tunggu member-member aku?? Taun depan malam raya pun belum tentu. Eh malam raya mesti la tak boleh kan. Orang nak balik kampung main bunga api, bakar lemang dan sebagainya. Adehh menyimpang banyak dah ni dari tajuk. Hanyuttt ke mana dah. Jap nak amik gps nak balik ke pangkal jalan. Hah, jumpa dah! Sambil lalu jalan nak naik Bukit Dumbar tu, sambil tu aku baca doa. Takut! Haha. Jenuh nak panjat bukit. Dalam hati ada jugak terfikir kalau aku tergolek jatuh bukit tu macam mana?? Dah la tinggi. Bila aku sampai atas ja, tercungap2 tahap teruk yang paling teruk punya. Haa. Over kan aku ni?? Rasa macam nak turun bukit tu and balik rumah pun ada. 

Lepas tu aku dengan muka gigih jalan la. Ya laa jalan la dulu. Tercungap tak habis lagi kot. Jalan laa pusing kat trek bawah. Lepas berapa round entah aku dah bosan pulak, lalu jalan lain pulak. Kiranya sampai nak balik tu aku dah pusing semua jalan yang ada kat situ la. Beround-round aku pusing. Kadang jogging, kadang jalan  laju. Sambil-sambil tu cuci mata tengok mamat-mamat yang fit berjogging. Haha. Ok whattt. Source of motivation. Bila rasa tak larat sangat, aku jalan slow-slow. Tapi kan nak habaq mai sat ni. Dengaq elok-elok (or in this case, baca elok-elok). Rozeeta tak berenti langsung ok!! Penat tahap gaban pun aku jalan jugak. Takdaknya nak duduk walaupun sesaat. Dalam hati aku terdetik, "Hebat jugak aku nih!!" Haha. Sejam lebih jugak la aku berjogging. Dari pukul 5.20 sampai laa dalam 6.45. Penat tu tak payah cakap la. Tapi kan lepas tu rasa fresh. Rasa bangga pulak bila akhirnya aku berjaya pi jogging sorang-sorang.  

Esok nak p lagi lah!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...