Sunday, May 8, 2011

Hari-hari hari ibu



Mungkin aku tak sekreatif matluthfi90 yang boleh buat video sempena mother's day. Aku cuma mampu karang ayat kat blog ja. Haa. Kalau rasa sanggup nak baca, silakan. 

Macam tajuk aku kat atas, bagi aku, hari-hari hari ibu. Teringat pulak Kak Izz cakap, "Kalau hari-hari hari ibu, jenuh la nak bagi hadiah". Haha. Ye tak ye juge kan. Tapi rasanya bukan hadiah yang ibu, mak, mama, mummy atau umi harapkan daripada anak-anak. Cukuplah ingatan n kasih sayang dari anak-anak sebagai hadiah. Hadiah yang lebih bermakna bagi ibu adalah bila tengok anak-anak tersenyum gembira. Setiap ibu nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Bila tengok kejayaan kita dah cukup buat ibu bahagia. Tak payah hadiah pun tak pa. Murninya hati seorang ibu. Dah susah payah besarkan kita, tak mintak pun balasan. 


Tapi tu bagi ibu laa. Ibu yang cakap tak payah hadiah. Kita lain laa. "Laa. Hang ni eta. Hang yang sebut tak payah hadiah pun tak pa,". Ishh betul bendul sungguh la. Agak bengong la kalau kita langsung tak buat apa-apa untuk balas jasa ibu. Sebab jasa ibu tak ternilai. Tak ternilai tu apa maksud dia?? Meh nak explain dalam bentuk persamaan. Bmw + banglo 12 bilik yang ada swimming pool + baju 5 almari + kasut 3 kabinet + gelang, rantai emas 2 lori ≠ jasa ibu.. Hah dramatik tak aku explain?? Sebanyak mana kita balas takkan terbalas jasa ibu. 


Selagi ada hayat kita, selagi ada hayat ibu-ibu kita, balas la semampu kita. Bahagiakan mereka. Telefon la selalu (Amboi telepon awek/pakwe boleh, takkan telepon ibu pun susah??). Dah keja tu bagi la duit sikit kat ibu. Nak shopping tu jangan la syok sorang-sorang ja, shopping la untuk ibu sekali. Tak luak aih duit tu malah lagi berkat rezeki kita (Tapi aku tak kerja lagi. Sekarang aku pau duit mama aku dulu. Haha).

To mama: Thanks for raising me up. What I am today is because of you. You are my strength. Eta akan balas jasa mama. Insyaallah. Mama doakan eta cepat dapat kerja tau. I love u so much!!

1 comments:

Awan Biru said...

Betul tu. Hari-hari adalah hari ibu. Tapi hari-hari belum dapat balas jasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...