Saturday, February 19, 2011

arwah papa dalam ingatan..



sedar tak sedar.. dah 3 tahun arwah papa meninggal.. dah 3 tahun jugak aku, kak ja n abang jadi anak yatim.. dah 3 tahun mama tanpa papa.. 

ingat lagi masa mula2 lepas arwah papa meninggal, mama duduk sorang kat penang.. mama tak ikut abang duduk kl pun sebab mama kata nanti kesian aku nak balik hujung minggu jauh.. besarnya pengorbanan mama.. mula2 duduk sorang tu mama selalu menangis.. rasa sunyi sangat.. terasa arwah papa ada lagi.. ya la.. sebelum tu mama dok dengan papa.. mama yang jaga papa masa papa sakit.. 

masa aku kecik2 papa suka bercerita kat aku.. expectations papa tinggi.. masa kat arau, bila aku bagitau result exam, papa tak kata apa pun.. tapi sebenarnya kat orang lain papa selalu cerita papa bangga dengan aku.. masa diploma aku bertekad nak dapatkan anc sebagai hadiah untuk mama n papa.. tapi tak sangka papa pergi sebelum aku sempat habiskan diploma.. terkilan papa tak dapat tengok aku konvo.. terkilan jugak sebab aku tak dapatkan anc untuk papa.. tapi aku dah cuba yang terbaik.. mungkin tak ada rezeki aku.. ingat lagi papa pernah cakap, "tak tau la sempat tak tengok eta habis belajar".. tak sangka kata2 papa jadi kenyataan.. sedihnya.. 

masa papa tenat, aku kat arau.. aku menangis tak berenti bila mama call suruh balik.. masa tu aku sem 4.. aku naik teksi dari arau ke penang.. rasanya dah halfway ke penang, mama call cakap papa dah meninggal.. aku tak menangis pun sebab tak mau pakcik teksi tu tengok.. rupa-rupanya dia pun dah tau.. sampai penang, kak ja tunggu aku.. aku terus peluk kak ja n menangis terisak2.. masa tu ramai sangat sedara mara.. "eta tak sempat jumpa papa".. masa tu tak peduli orang tengok aku nangis dah.. lepas dah tenangkan diri aku masuk tengok arwah papa.. orang cerita masa papa tenat mata papa macam tercari2 sesuatu.. mungkin cari aku.. teringat kenangan last dengan papa minggu sebelum tu masa cuti raya cina.. aku lambai kat papa sebelum balik arau.. papa angkat tangan balik.. tu la kenangan terakhir aku dengan papa.. terbayang lagi saat tu..

walaupun dah 3 tahun papa pergi, papa sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga.. semoga papa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin.. al-fatihah..

1 comments:

Awan Biru said...

Sabar ya SIS, semoga arwah dirahmati ALLAH selamanya. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...