Sunday, January 2, 2011

new year, new me..



new la sangat kan.. hehe.. azam taun baru aku?? ha meh nak habaq mai..

rozeeta nak jadi sorang yang lebih berani taun ni.. kurangkan sikit segan2.. nak jadi lagi confident bila berhadapan customer.. tak dak la depa nak tanya aku, "baru kerja ke?".. haha.. harap2 la.. tapi kalau tanya yang aku tak tau jawab, aku terpaksa la berlari merata mencari jawapan.. time tu nanti terserlah jugak la aku ni budak baru belajar.. hehe.. tak pa la.. learn through experience.. baru sehari masuk tahun baru dah terserlah keberanian eta.. dengan lasernya aku sound abang celcom pasal broadband.. cakap ngan dia siap macam dah lama kenal tu.. haha.. kawan aku pun terkejut tengok aku.. 

rozeeta nak jadi rajin sikit.. haha.. rajin banyak2 tak mau laa walaupun kat ofis aku agak rajin.. bila kat umah tu rajin online jaa.. nak bersungguh2 sikit nak buat thesis.. yang ni pun ada nampak improvement jugak sikit.. improvement apa?? hari ni aku mula tergedik2 balik cari journal setelah sekian lama.. kalau boleh, by next weekend nak ada tajuk dah.. boleh la nak meyakinkan advisor aku nak tukar tajuk thesis aku.. lepas tu boleh laa nak wat proposal walaupun aku sebenarnya clueless pasal semua ni..

rozeeta nak jimat cermat sikit.. sebab jimat cermat banyak rozeeta tak mampu rasanya.. kalau jenjalan, ternampak apa2 yang aku berkenan sangat2 takkan nak tengok saja kan?? mesti kena beli jugak.. hehe.. so jimat sikit laa.. tak la aku kekeringan duit bila abis study nanti.. hopefully boleh laa.. hari ni ja dah abis lebih RM250.. haha.. lingkup! bayar bil broadband dah RM117.60.. beli 2 baju nak pakai p praktikal RM99.. beli selendang RM8.. beli kasut RM40.40.. sebab apa RM40.40? harga 1 kasut RM39.90, 2nd pair bayar 50 sen ja.. haha.. orait laa.. bukan aku beli 1 kasut harga 100 ka apa kan..

rozeeta nak dapat kerja yang best.. hehe.. ni lepas abis belajar nanti laa.. 1st gaji aku nak belanja mama, abang, kak ja, my bro in law n dua anak sedara aku makan.. insyaallah.. kalau boleh nak rilek dulu la sat before start mintak kerja.. harap2 dapat kerja dalam environment yang best.. macam sekarang aku praktikal ni pun syiok.. tapi kerja nanti kat kl laa.. sebab mama cakap nak dok kl.. dekat dengan anak2.. aku akan try dapatkan sebanyak pengalaman yang mungkin masa praktikal ni.. nanti time mintak kerja ada la advantage sikit kalau dah tau macam mana nak interact ngan customer..

apa lagi ek?? hmm.. tu ja la kot azam2 utama aku.. adios!!

1 comments:

Awan Biru said...

Semoga tercapai semuanya. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...