Saturday, January 1, 2011

kenapa aku suka nasik kandaq??



dah nama pun orang penang, kalau tak suka nasik kandaq tu agak pelik sikit laa.. (dyana mungkin terasa dengan statement ni..hehe..) tapi tolong jangan salah faham ye.. aku suka nasik kandaq bukan sebab suka kat mamak nasik kandaq tu ka apa okay!! (walaupun aku tau kalau suka kat mamak nasik kandaq ni untung sebab dapat makan nasik kandaq free hari2..hehe..) 


chopppppp!! ni apa kes ceta pasal mamak nasik kandaq plak?? haha.. ya la ya laaa.. berbalik semula ke tajuk asal, sebab aku suka nasik kandaq?? mesti la sebab kuah dia.. kalau makan nasik kandaq mesti kuah banjir.. (nasik melayu pun aku letak kuah banjir gak slalunya..) lagi pedas kuah tu lagi aku suka.. makanan tak pedas ni ibarat irama tanpa lagu la.. kiranya tak lengkap hidup kalau makanan tak pedas.. haha.. 


tapi ada satu benda yang aku pantang.. kalau ada kuah yang manis.. terbantut selera.. tak syok la kuah manis.. kalau camtu baik aku makan nasik dengan gula ja terus.. hehe.. cakap pasal lauk pulak.. tiap2 kali makan nasik kandaq mesti lauk aku sama jaa.. tak jemu ka?? mesti la tak! tapi tak tau laa.. tak pernah la wat eksperimen makan nasik kandaq hari2 selama sebulan.. mungkin kalau aku wat camtu, aku tak rasa nak makan nasik kandaq dah sampai bila2.. hehe.. 


eh tadi cakap pasal lauk tapi tak ceta2 gak lagi.. ok2.. nak ceta la ni.. sabaq laa.. nak merepek sikit pun tak boleh ker?? lauk standard aku bila makan nasik kandaq, ayam goreng, telur rebus n sayur kobis (alaa kobis yang masak kaler kuning tu).. tu laa lauk aku.. tak pernah plak rasa nak tukar lauk or tambah lauk lain.. hehe.. selalu makan kat pelita ja sebab dekat ngan rumah aku.. dalam RM5.20 camtu kot kalau tak salah.. haha.. siap ingat harga lagi tu.. kalau kebetulan p town petang2.. aku suruh la mak aku berenti kat line clear jap.. beli bungkus.. perghhh.. ayam goreng dia best wo.. haha.. tapi nasik dia sangat banyak.. nasik separuh pun dah cukup.. 

ishhh.. sedap pulak cakap pasal nasik kandaq ni.. haha.. tak pa laa.. nanti nak p makan dengan orang yang bagi tajuk post nih..

1 comments:

Awan Biru said...

Tak pernah rasa tapi mengidam nak rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...