Tuesday, November 30, 2010

just wondering..

i was not born to be ordinary, 

i was born to be the best


i don't know why, but this just appeared in my mind a few days back..

i don't know whether it's a quote from someone or not..

i really like it.. very inspiring.. 

it motivates us to be more than who we are..

all we have to do is believe..




Friday, November 19, 2010

thesis oh thesis..



semalam aku ngantuk sgt so aku pun tido la awai..


skali mimpi advisor aku, en jeff daa.. en jeff ni pun, kalau ya pun nak suruh saya jumpa tak payah la cari saya sampai dalam mimpi saya.. haha.. siap mimpi dia tanya aku ada tajuk dah ka.. pas tu dia suruh explain pasal apa aku nak tajuk tu..


hmm.. mungkinkah ni petunjuk??


petunjuk suruh aku tak mengadap facebook & blog ja.. maybe aku patut singgah ke emeraldinsight.com yang dah aku lupakan 2 3 hari.. hehehe.. baik la en jeff! saya bukak emerald balik arini.. saya sambung cari idea untuk tajuk thesis saya okay?? jangan kacau mimpi saya malam ni dah.. haha..


sekarang ada 1 idea.. nak cari lagi 2 3 tajuk as backup takot kena reject..  hehehe..


go ita go!!  =D

Thursday, November 18, 2010

10 things about u that i'll miss




10 aktiviti aku yg akan terbantut lepas ni..
- amik gambaq masa ampa tido..
- update status fb ampa n upload gambaq2 candid ampa..
- kacau ampa.. especially mira.. sampai terjerit2 dia.. haha..
- tutup lampu n amik towel yang dok sangkut dekat pintu masa ampa mandi..
- buat tarian kat ampa.. hahaha..
- nak merepek2 tak leh dh..
- lepak2 n menyembang..
- makan like there's no tomorrow.. macam tadi kita wat..
- merajuk.. konon2 sensitif.. haha..
- wat apa2 makanan untuk ampa.. roti jem laa apa laa..

my dear roommate-tikah a.k.a tikuih a.k.a cekang
jangan marah haa.. nak abih dah kita bagi la aku kata kat hg.. haha..
- nanti rindu nak dengaq hg nyanyi yg tak berapa nak nyanyi tu..
- sembang dgn hg sebelum tido.. sampai berjam2 gak la sembang..
- gelak hg yg sepenuh ati tu.. aku rasa lega dengaq.. haha..
- hg ska ikut cakap aku smpai kena marah ngn dyana.. aku suh hg menari, hg nari.. aku suh hg nyanyi, hg nyanyi..
- main pingpong dengan hg.. pas ni sapa nak main invisible pingpong dengan aku?? mesti depa kata aku gila..
- nak tengok hg men chuzzle, solitaire ngan bejeweled.. haha.. tu ja game hg..
- bunyi alarm fon hg yang buat aku trauma..
- kickboxing hg..
- rindu nk skodeng hg salin baju.. haha..
- nanti pas ni aku selsema nak mintak piriton kt hg tak leh dah..

my partner-mira a.k.a sumirah a.k.a cu dikkk
- gelak mira yg kuat tu..
- mira gosip dengan makcik sebelah..
- mira tolong boh kerongsang n betulkan tudung before pi kelas..
- kalut bincang jawapan dengan mira lepas test or exam..
- mira jangkit selsema.. bila ita bersin, sat gi mira sambung.. haha..
- camna nak bermanja ngan mira pas nih??
- tengok mira study.. tak leh dah nak kacau.. tak leh buat slip result kat mira dah.. haha..
- lagu2 mira dengaq yg tak pernah aku dengaq sebelum ni..
- mira excited tengok adi putra n shah jaszle..
- mira p mandi lepas tu lupa bawak towel.. pas tu dia jerit itaaaaa.. aku pun tau dah dia tak bawak towel.. haha..

my enemy-lisa a.k.a si garang a.k.a lisa busukkk
- hg selalu pending bila orang cakap.. lepas setengah jam baru nak paham..
- bila aku cakap dengan org lain, hg yang tanya apadia.. tak cakap dengan hg pun kot!! haha..
- cara hg nyanyi yg memang takdak tandingan.. walaupun takdak lirik hg boleh nyanyi gak..
- dengaq hg cakap angkit, cering, ampang.. hahaha.. lawak aih..
- hg semangat bila cerita..
- bila seronok, hg nanti terlebih sonok.. org dah abih gelak hg gelak extra sejam..
- nasik goreng hang tumpah kena siku aku.. lawak kot.. berterabuq abih..
- tengok hg mengamuk..
- bergomoi dengan hg.. pas tu mira marah, dua2 sengap..
- baju piano hg yg aku memang suka tu.. haha..

the other me-dyana a.k.a bibiana a.k.a nana nunu
hg aku boh last sebab sem depan aku mengadap muka hg lagi.. haha.. almaklum laa praktikal skali..
- rindu nak skype dengan hg walaupun sebenaqnya hg dok duduk depan aku..
- tengok hg cakap fon.. pas tu aku pi kacau.. lepas kena ugut baru aku stop.. haha..
- nyanyi lagu justin bieber.. baby baby baby ohhhhhhhhhhhhh..
- tengok hg malu bila kena perli ngan ....., ..... @ .....
- dok buat lawak tak brenti dengan hg.. pi kelas gelak.. balik rumah gelak lagi..
- pi bli lok chin dengan hg, pi pasaraya.. kalau bleh hari2 nak pi pasaraya.. jalan pi makan kat rpa..
- bau rambut hg.. hmm wanginya!!
- gosip2.. macam2 cerita hg tau.. dasyat hg ni..
- ajuk lecturer sama2.. mat saad-->kalau kamu tuang, kamu tak faham, bila tak faham, kamu tak minat.. hahaha..
- ponteng kelas sama2.. pemalas dua2 ekoq..

ampa jgn lupa aku tau.. sayaannnnnnggggggggg ampa..

Tuesday, November 16, 2010

My mom, my inspiration..


Tribute to mama..

Tu la panggilan aku untuk seorang ibu yg byk berkorban untuk aku.

Eh macam sesuai plak artikel ni ngan raya korban. Hehe.

Mama org kelantan.
Tapi bila org dengar mama cakap, org tak sangka mama asal kelantan.
Sebabnya mama cakap penang kalah org Penang. Hehehe.

My mama my best friend.
Sempoi ja cakap dengan mama.
Mama lawak.
Kawan2 eta pun cakap mama lawak.
Siap boleh gurau2 mcm ngan kawan. Hehehe.

Masa arwah papa sakit, mama sorang-sorang jaga papa kat Penang.. Bila eta balik hujung minggu dapat la jugak tolong mama sikit-sikit. Tu pun tak seberapa. Kesian mama.

Masa arwah papa meninggal, masa tu eta sem 4 diploma. Eta balik Penang dengan teksi dari Arau. On the way, mama call cakap papa meninggal. Eta sedih sangat masa tu. Tak sempat jumpa papa. Tapi eta tahan, tak mau menangis depan pakcik teksi. Lepas tu, sedara semua suruh mama duduk KL ngan abang. Takkan mama nak duduk sorang-sorang. Tapi mama cakap, "Tak pa la. Mama tunggu eta habis study. Nanti kesian eta nak balik jauh kalau mama duduk kl.". Mama sanggup duduk sorang-sorang. Tapi mula-mula dulu, mama selalu menangis. Sunyi. Kesian mama. Besarnya pengorbanan mama.

Bila ita call mama, time nak letak fon, eta cakap mmuah kat mama. Mama pun cakap mmuah balik. Lepas tu mama gelak. Mama cakap "Tak baik la eta ni. Main-main dengan mama. Mama dah tua.". Lepas cakap fon, eta gelak sorang-sorang ingat apa mama cakap. Bila eta call, mama cakap banyak. Kesian mama. Time anak-anak call ja baru dapat sembang. Kalau tak sunyi ja.

Lagi satu, bila eta balik Penang, sampai ja rumah, makanan favourite eta siap mama masak. Sup sayur bayam ngan ikan belah belakang, ayam kicap n sayur campur, macam-macam la. Lepas tu siap ada dessert lagi. Pengat ubi keladi. Perghhh. Memang sedap.

Lepas tu bila eta tak sihat, mama la orang yang paling risau. Eta ni pulak selalu kena selsema. Balik Penang, mama heret pi jumpa dr salahuddin, amik ubat. Lepas tu mama komplen kat doktor, eta selalu mengadu kalau sakit apa-apa kat mama. Mama risau. Habis tu eta nak mengadu kat sapa lagi. Last-last dr salahuddin tu bagi no fon dia kat eta. Suruh eta contact dia ja. Tapi eta tak contact pun. Tak mau ah! Tak feel. Eta mengadu kat mama jugak. Hehehe. Anak bongsu mama ni memang manja dengan mama pun! Biaq laa. Time eta kena low blood pressure, tak larat sgt. Makan ubat lepas tu tidur ja. Mama risau sangat. 


Ingat lagi time kaki eta terseliuh masa diploma dulu. Eta bukan join pun futsal. Tapi time org berenti main eta p main. Lepas tu brutal sangat sampai jatuh terseliuh. Last-last tak boleh jalan. Padan muka eta kan mama?? Haha. Eta call bagitau mama. Mama call aunty midah kat Perlis. Siap menangis-nangis lagi. Eta tau mama menangis sebab mama call kak ja pulak lepas tu. Kak ja la yang report. Haha. Eta siap naik ambulance lagi. Almaklum la time tu duduk kolej lagi. Sonok plak. Siap amik video dalam ambulance dengan dyana n tikah. Tapi mama dok risau sakan kat Penang. Hehe. Sorry mama! I luv u.

Lagi satu hal, duit ptptn eta tak pernah nak cukup. Oops! Tershopping la mama. Hehe. Mama cakap, "Eta dah keja nanti tak tau la macam mana. Habis duit gaji.". Duit gaji banyak la mama. Duit ptptn berapa ja sebulan. Eh menjawab pulak!! Bila hujung-hujung semester, eta mintak duit kat mama. Mama pun kalut la pi bank islam nak bank-in duit kat eta walaupun duit mama tak banyak. Bergantung duit pencen ja. Eta rasa bersalah gak nak mintak duit. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa. Hehehe. Ayat eta bila mintak duit kat mama, "Alaa.. Nanti eta kerja, eta pulak la belanja mama. Eta bawak mama pi makan best-best. Jalan-jalan.". Mama senyum dengar.

Banyaknya pengorbanan mama untuk eta. Kak ja selalu jeles. Eta pun selalu sengaja bagi dia jeles.. Masa dia balik, eta peluk mama, cium mama. Lepas tu dia jeling. Dah besar tapi manja kuku. Hehehe.

Ya Allah, bagi la aku kesempatan untuk membalas jasa mama & buat mama bangga dengan aku. Aku sayang mama. Sayang sangat.
Lepas ni praktikal kat Penang ja. Dekat dengan rumah. Mama takkan sunyi dah. Dapat la dengar mama berleter hari-hari. Hehehe.

Sentimental pulak rasa hari ni. Sampai sini saja la aku bersentimental.

Kasih kekasih tak tentu bertahan, kasihnya ibu kekal abadi.

Monday, November 15, 2010

top 10 songs on my playlist



enjoying the limited time that I have rite now..

lama x update blog.. nama pun pemalas.. hehe..

ni ha lagu top ten aku sekarang.. tapi ada yg bukan lagu baru.. lagu top 10 ni kira aku bleh dengar ulang byk2 kali sampai aku bosan.. pas bosan tukar lagu lain lak.. hehe..
  • Teenage Dream - Katy Perry
  • Need You - Travie McCoy
  • Beggin - Madcon
  • If I Had You - Adam Lambert
  • Total Eclipse of The Heart - Glee version
  • Hanyut - Faizal Tahir
  • Just The Way You Are- Bruno Mars
  • Never Knew I Needed - Ne-Yo
  • One In A Million - Ne-Yo (thx to my friend yg wat aku addicted ngn lagu nih.. hehe..)
  • Mine - Taylor Swift
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...