Tuesday, November 16, 2010

My mom, my inspiration..


Tribute to mama..

Tu la panggilan aku untuk seorang ibu yg byk berkorban untuk aku.

Eh macam sesuai plak artikel ni ngan raya korban. Hehe.

Mama org kelantan.
Tapi bila org dengar mama cakap, org tak sangka mama asal kelantan.
Sebabnya mama cakap penang kalah org Penang. Hehehe.

My mama my best friend.
Sempoi ja cakap dengan mama.
Mama lawak.
Kawan2 eta pun cakap mama lawak.
Siap boleh gurau2 mcm ngan kawan. Hehehe.

Masa arwah papa sakit, mama sorang-sorang jaga papa kat Penang.. Bila eta balik hujung minggu dapat la jugak tolong mama sikit-sikit. Tu pun tak seberapa. Kesian mama.

Masa arwah papa meninggal, masa tu eta sem 4 diploma. Eta balik Penang dengan teksi dari Arau. On the way, mama call cakap papa meninggal. Eta sedih sangat masa tu. Tak sempat jumpa papa. Tapi eta tahan, tak mau menangis depan pakcik teksi. Lepas tu, sedara semua suruh mama duduk KL ngan abang. Takkan mama nak duduk sorang-sorang. Tapi mama cakap, "Tak pa la. Mama tunggu eta habis study. Nanti kesian eta nak balik jauh kalau mama duduk kl.". Mama sanggup duduk sorang-sorang. Tapi mula-mula dulu, mama selalu menangis. Sunyi. Kesian mama. Besarnya pengorbanan mama.

Bila ita call mama, time nak letak fon, eta cakap mmuah kat mama. Mama pun cakap mmuah balik. Lepas tu mama gelak. Mama cakap "Tak baik la eta ni. Main-main dengan mama. Mama dah tua.". Lepas cakap fon, eta gelak sorang-sorang ingat apa mama cakap. Bila eta call, mama cakap banyak. Kesian mama. Time anak-anak call ja baru dapat sembang. Kalau tak sunyi ja.

Lagi satu, bila eta balik Penang, sampai ja rumah, makanan favourite eta siap mama masak. Sup sayur bayam ngan ikan belah belakang, ayam kicap n sayur campur, macam-macam la. Lepas tu siap ada dessert lagi. Pengat ubi keladi. Perghhh. Memang sedap.

Lepas tu bila eta tak sihat, mama la orang yang paling risau. Eta ni pulak selalu kena selsema. Balik Penang, mama heret pi jumpa dr salahuddin, amik ubat. Lepas tu mama komplen kat doktor, eta selalu mengadu kalau sakit apa-apa kat mama. Mama risau. Habis tu eta nak mengadu kat sapa lagi. Last-last dr salahuddin tu bagi no fon dia kat eta. Suruh eta contact dia ja. Tapi eta tak contact pun. Tak mau ah! Tak feel. Eta mengadu kat mama jugak. Hehehe. Anak bongsu mama ni memang manja dengan mama pun! Biaq laa. Time eta kena low blood pressure, tak larat sgt. Makan ubat lepas tu tidur ja. Mama risau sangat. 


Ingat lagi time kaki eta terseliuh masa diploma dulu. Eta bukan join pun futsal. Tapi time org berenti main eta p main. Lepas tu brutal sangat sampai jatuh terseliuh. Last-last tak boleh jalan. Padan muka eta kan mama?? Haha. Eta call bagitau mama. Mama call aunty midah kat Perlis. Siap menangis-nangis lagi. Eta tau mama menangis sebab mama call kak ja pulak lepas tu. Kak ja la yang report. Haha. Eta siap naik ambulance lagi. Almaklum la time tu duduk kolej lagi. Sonok plak. Siap amik video dalam ambulance dengan dyana n tikah. Tapi mama dok risau sakan kat Penang. Hehe. Sorry mama! I luv u.

Lagi satu hal, duit ptptn eta tak pernah nak cukup. Oops! Tershopping la mama. Hehe. Mama cakap, "Eta dah keja nanti tak tau la macam mana. Habis duit gaji.". Duit gaji banyak la mama. Duit ptptn berapa ja sebulan. Eh menjawab pulak!! Bila hujung-hujung semester, eta mintak duit kat mama. Mama pun kalut la pi bank islam nak bank-in duit kat eta walaupun duit mama tak banyak. Bergantung duit pencen ja. Eta rasa bersalah gak nak mintak duit. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa. Hehehe. Ayat eta bila mintak duit kat mama, "Alaa.. Nanti eta kerja, eta pulak la belanja mama. Eta bawak mama pi makan best-best. Jalan-jalan.". Mama senyum dengar.

Banyaknya pengorbanan mama untuk eta. Kak ja selalu jeles. Eta pun selalu sengaja bagi dia jeles.. Masa dia balik, eta peluk mama, cium mama. Lepas tu dia jeling. Dah besar tapi manja kuku. Hehehe.

Ya Allah, bagi la aku kesempatan untuk membalas jasa mama & buat mama bangga dengan aku. Aku sayang mama. Sayang sangat.
Lepas ni praktikal kat Penang ja. Dekat dengan rumah. Mama takkan sunyi dah. Dapat la dengar mama berleter hari-hari. Hehehe.

Sentimental pulak rasa hari ni. Sampai sini saja la aku bersentimental.

Kasih kekasih tak tentu bertahan, kasihnya ibu kekal abadi.

4 comments:

hettynsm said...

betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..kankam

rozeeta rashid said...

tau xpa.. huhu.. waaa..

Cik Miza said...

cik miza tersentuh~~

rozeeta rashid said...

haha.. wah! x sangka sy berjaya menyentuh ati cik miza..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...